Sign Up |  Login

     
 
    My Blog |  Popular Posts |  Top 100 Blogs |  Recent Blogs |  Random Blogs |  Write a Blog |  Manage Categories  
   View Blog
 
 Selasa 18 Disember 2007
Assalamualaikum w.b.t.

Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf kerana tidak dapat post pada petang kelmarin kerana aku menukar rancangan aku untuk pulang lebih awal ke Terengganu jadi aku tidak sempat untuk post sesuatu pada petang kelmarin.

Pada hari ini Selasa 18 Disember 2007 aku bangun dari tidur awal sedikit kerana aku perlu membantu mak aku berniaga di Kompleks Perniagaan MDB pada pada pagi ini. Sebelum aku pergi ke tempat mak aku berniaga aku pergi menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Nasiruddin Shah, Kampung Raja, Kota Putra, Besut Terengganu memandangkan ia berdekatan dengan tempat mak aku berniaga.

Selepas aku selesai menunaikan Solat Subuh berjemaah aku terus ke kedai mak aku berniaga, setibanya di kedai mak aku, aku menurunkan kerusi yang di atas meja kedai mak aku itu dan aku letak di tempat yang sepatutnya. Setelah beberapa jam membantu mak aku, aku pun mengambil sarapan pagi dengan Nasi Lemak Bilik dan Apam Berkuah. Setelah aku selesai makan aku terus keluar untuk ke Kota Bharu memandangkan aku bosan duduk kat Rumah maklum sahajalah kat rumah aku di Terengganu tak ada pc. Aku pula memang tidak boleh berenggang dengan pc.

Perjalanan aku ke Kota Bharu sepatunya mengambil masa satu jam sahaja tetapi perjalanan aku hari ini lebih daripada satu jam memandangkan aku berhenti minum air di sebuah kedai yang menjadi favourite aku di Bachok, Kelantan. Setibanya aku di rumah sewa aku di Kampung Merbau aku dapati kawan-kawan serumah aku sudah bangun tidur, aku menjadi hairan kerana biasanya pagi-pagi begini mereka masih nyenyak tidur.

Setelah ditanya barulah aku tahu yang mereka ada urusan di tempat mereka menuntut ilmu dan urusan lain lagi. Patutlah mereka bangun awal hari ini. Aku rasa post aku kali ini cukup setakat ini sahaja dan aku akan post lagi jika aku mampu pada besok hari. Kalau tidak dapat post untuk hari esok aku mohon maaf banyak-banyak kerana Manusia hanya mampu merancang dan Tuhan menentukan segala-galanya.
    Posted by yiemega on 2007-12-17 22:12:43 | Rating: | Views: 136
    Email This to a Friend            Print This Blog Post  

  Bookmark:
Permalink:  
   Blog Comments

Nothing found
Would you like to comment?

    (Maximum characters: 5000)
    You have characters left.
  
  Security code:  
                        
                         Refresh Image
                         
  Blog Information
 

yiemega
Kota Putra, Malaysia

Latest Posts

 Pilunya Aidilfitri...
 Catatan 04 Oktober 2008
 Coretan Dari Wakaf Che...
 Pantun Raya Aidilfitri
 Catatan 28 September...

yiemega's Links

 Blog...

Blog Categories

 Catatan Harian
 Catatan Kehidupan
 Catatan Memori
 Dunia Iqwal
 Puisi

Blog Archive

 October 2008 (2)
 September 2008 (7)
 January 2008 (1)
 December 2007 (9)

Comment Archives

 No comments found