|
Assalamualaikum w.b.t.
Aku ingin memohon maaf terlebih dahulu kerana sudah lama aku tak post sesuatu ke blog peribadi aku ini. Aku berada di Kampung kerana meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha bersama keluarga dan kebetulan pula Emak Aku ada mengambil bahagian Korban di Masjid Alur Lintang, Besut, Terengganu jadi aku kena bantulah emak aku menguruskanya.
Di kesempatan ini aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung-pengunjung blog aku terutamanya pembaca setia blog aku. Hari ini aku berulang alik dari Besut, Terengganu ke kota Bharu Kelantan kerana member aku kirim beli prepaid kat pengedar prepaid, jadi aku terpaksalah berulang-alik untuk menghantar prepaid tersebut. Letih juga rasa tapi tak perlah apa salahnya kita tolong orang kan....
Selepas selesai berulang alik, aku seperti biasa lah online myspace dgn pc kesayangan aku. Di samping aku menonton cerita Sin Chan dan Doraemon. Perut aku rasa lapar tapi tak banyak kedai makan yang buka yang buka pun yang tidak menepati selera aku dan member aku. Ish perut makin berbunyi....dah ler aku makan beehon goreng jer pagi tadi sampai sekarang tak makan lagi. Tak Aper lah aku cuba kentalkan diri.
Aku rasa setakat ini sahaja post aku hari ni aku akan sambung post aku untuk besok pulak lah yer. Ok Lah Sekian...
Yang Ikhlas,
yiemega
|