| Memori Banjir di KB 2007 |
|

Assalamualaikum w.b.t
Pada tahun ini pertama kali dalam sejarah hidup aku kawasan rumah aku dilanda banjir sebanyak tiga kali berturut-turut, syukur ke hadrat Ilahi kerana banjir kali ini tidak banyak harta benda aku musnah dihanyutkan banjir. Setelah tiga tahun kawasan rumah aku tidak banjir tahun ini diganti dengan tiga banjir dalam satu tahun.

Aku bersyukur kerana banjir kali ini tidak seteruk banjir pada tahun 2004, di mana pada masa itu rumah aku ditenggelami air banjir paras dada aku. Pada mulanya aku juga bimbang kalau-kalau banjir besar pada tahun 2004 itu berulang lagi kerana banjir tersebut adalah banjir terburuk dalam sejarah bandaraya Kota Bharu, untuk pengetahuan korang semua hampir segenap pusat bandaraya Kota Bharu ditenggelami air pada masa itu.

Bandaraya Kota Bharu yang lazimnya sibuk bertukar menjadi lumpuh memandangkan Bandaraya ini telah menjadi terapung sementara. Aku pun tidak tahu adakah ini bala yang diturunkan Allah s.w.t kerana bandaraya ini menjadi sarang maksiat muda-mudi zaman kini. Memang benar Kota Bharu adalah Bandaraya Islam namun tak guna kalau Islam pada nama sahaja buat merosakkan nama Islam sahaja.
Mungkin juga Allah s.w.t. ingin menyampaikan petanda bahawa kerajaan yang memerintah Kelantan sekarang ialah kerajaan yang tidak adil, tidak amanah dan tidak jujur. Selain itu mungkin juga Kerajaan negeri sekarang telah melesapkan wang rakyat dan tanah milik rakyat. Perkara ini tidak mustahil berlaku memandangkan mereka sudah terlalu lama memerintah dan apabila kedudukan, kekayaan menguasai mereka, mereka sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka kekal memerintah.
|
|
Posted by yiemega on 2007-12-23 05:49:56 | Rating: | Views: 130
|