Alhamdulillah lega sekali terasa di hati aku bagai baru aje lepas bayar hutang seribu. Beberapa hari yang lalu aku telah bertungkus lumus menyiapkan Laporan Akhir Praktikum, Fuh masa aku bertungkus lumus menyiapkan laporan tersebut aku tak dapat nak bayang betapa letihnya untuk menyiapkan laporan tersebut, namun setelah aku menggandakan usaha akhirnya dapat juga aku menyiapkan laporan itu.
Sepertimana yang aku cerita sebelum ini aku menjalankan Latihan Praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (2), Jalan Merbau, 15300 Kota Bharu, Kelantan sebagai Kaunselor Pelatih sesuai dengan bidang pengajian yang aku ambil masa dekat Unitar dulu iaitu Bachelor Of l initial; ">Education
In Counseling.
Sampai hari ini aku masih tidak dapat melupakan kenangan-kenangan semasa aku berada di sekolah itu, banyak kenangan manis dan pahit bercampur masin aku dapat timba di sekolah yang dicalonkan untuk “title” Sekolah Kluster itu.
Berbalik pula kepada cerita laporan akhir praktikum aku itu, aku terpaksa berhempas pulas untuk menyiapkan laporan akhir praktikum tersebut sampai tangan aku dah nak bengkak, maklum sahajalah tak siap nanti kena ‘repeat’ praktikum pulak. Kadang-kadang timbul juga rasa dengki aku terhadap kawan-kawan aku yang bidang pengajianya bukan Kaunseling seperti aku ini, mana taknya mereka tidak banyak kena buat laporan akhir setakat kena buat “lesson plan” sahaja aku pulak kena buat berkoyan-koyan. namun, aku tetap berfikiran profesional bagi aku inilah cabaran yang aku perlu sahut untuk bergelar Kaunselor.
Bagi aku Tiada Halangan Hanyalah Peluang sentiasa tersemat di kalbu aku lagipun tiada cara yang senang untuk berjaya, Usaha salah satu komponen kejayaan. Jadi aku tetap berusaha dengan bertungkus lumus menyiapkan laporan tersebut. Aku sentiasa ingat bahawa untuk sampai ke puncak tangga aku perlu berusaha untuk sampai ke sana, untuk membuka pintu yang berkunci aku perlukan kunci, kuncinya adalah usaha aku.
Akhirnya hari ini aku dapat menyiapkan Laporan Akhir Praktikum yang dituntut bagi melengkapkan syarat Latihan Praktikum Kaunseling Unitar bagi kursus Bachelor Of Education In Counseling UNITAR. Hari ini aku merasa sangat gembira kerana dapat menyiapkan laporan itu, biarpun jari tanganku bengkak dan kebas-kebas tetapi aku puas denganya, untuk kawan-kawan aku di luar sana ingatlah “Usaha Tangga Kejayaan” Dakilah Tangga Kejayaan dengan penuh usaha yang bersungguh-sunguh.