Sign Up |  Login

     
 
    My Blog |  Popular Posts |  Top 100 Blogs |  Recent Blogs |  Random Blogs |  Write a Blog |  Manage Categories |  New Members |  Comments  
   View Blog
 
 Kenangan di Perdana Resort PCB

KENANGAN bersama-sama dengan Pok Chek dan Syed Abdul Fatah "enjoy" mandi kolam di Kolam Renang di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan (dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi), Kota Bharu, Kelantan.

Best jugak tengok bergembira sambil mandi kolam sampai aku rasa nak join sekali tetapi apakan daya aku terlupa nak bawak "Swimming Trunk" jadi aku terpaksa tengok dari tempat duduk sahaja, tetapi Alhamdulillah walaupun sekadar tengok best jugak duduk kat tempat ni boleh tenangkan fikiran.

Apa yang best ialah aku dapat bergembira bersama-sama mereka di sini,

mereka pun dapat "release tension" selepas hampir seminggu belajar di sekolahan. Gembira betul aku dapat tengok mereka gembira, pada aku tak mengapa aku berbelanja lebih asalkan mereka gembira dan aku tidak mintak perngorbanan aku dihargai cukup dengan mereka menghormati aku bukan sahaja sebagai seorang abang malah sebagai Kaunselor Pelatih mereka.

Berdasarkan gambar-gambar yang disertakan di blog ini sudah tentu korang semua dapat membayangkan betapa gembiranya mereka mandi-manda dan bersuka ria di kolam mandi, ibu-bapa mereka pula kesuntukkan masa untuk bersama mereka kerana ibu-bapa mereka sibuk dengan tugas masing-masing.

Kenangan bersama mereka berdua di Perdana Resort ini aku tidak akan lupa sampai bila-bila, aku anggap ini antara kenangan manis aku sewaktu bertugas di Kota Bharu, Bandaraya Islam ini.

Aku berharap satu hari nanti aku akan ditempatkan untuk menjadi

Kaunselor tetap di SMK Zainab 2 Kota Bharu, Kelantan kerana dapatlah aku bergembira bersama-sama mereka lagi. Aku memang menganggap mereka berdua seolah-olah macam adik kandung aku sendiri.

Kegembiraan mereka memang benar-benar membuatkan aku merasa gembira dan puas bertugas sebagai Kaunselor Pelatih di SMK Zainab 2 Kota Bharu, Kelantan.

Aku memang sentiasa berdoa agar satu hari nanti aku akan ditugaskan untuk menjadi kaunselor tetap di SMK Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan. Memang hati dan jiwa aku masih berada di sekolah ini walaupun sekarang ini aku sudah tidak bertugas di sekolah ini, di sekolah inilah aku menimba segala pengalaman pahit dan manis sudah aku rasai di sini.

Aku berharap korang semua pun dapat doakan agar aku akan ditempatkan kembali di sekolah ini untuk aku terus menimba pengalaman di sekolah yang bakal digelar "Sekolah Kluster" satu hari nanti ini, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengetua SMK Zainab 2 iaitu Puan Norizam kerana telah membantu aku sepanjang berada di sekolah itu.

    Posted by yiemega on 2009-05-20 10:48:48 | Rating: | Views: 61
    Email This to a Friend            Print This Blog Post  

  Bookmark:
Permalink:  
   Blog Comments

Nothing found
Would you like to comment?

    (Maximum characters: 5000)
    You have characters left.
  Blog Information
 

yiemega
Kota Putra, Malaysia

Latest Posts

 Kembara Bersama Bekas...
 Catatan 26 Julai 2009
 Undilah Saya Untuk...
 Leganya Aku Pabila......
 Pise (Pisang) Zaidi...

yiemega's Links

 Blog...

Blog Categories

 Catatan Harian
 Catatan Kehidupan
 Catatan Memori
 Dunia Iqwal
 Hiburan
 Puisi

Blog Archive

 September 2009 (1)
 July 2009 (1)
 June 2009 (2)
 May 2009 (6)
 April 2009 (2)
 November 2008 (1)
 October 2008 (2)
 September 2008 (7)
 January 2008 (1)
 December 2007 (9)

Comment Archives

 No comments found

Page load time: 0.46969699859619 ms