BARU-baru ini saya dan bekas anak-anak murid saya telah mengadakan satu program kembara di Bulan Puasa di Besut, Terengganu. Memang baguslah dapat mengembara bersama-sama bekas-bekas murid ni, lebih-lebih lagi di bulan puasa bolehlah saya dapat mengenalpasti perangai masing-masing.









Semasa Kembara ini banyak tempat yang menjadi destinasi Persinggahan Kami, antaranya Pantai Peranginan Air Tawar, Pantai Bukit Keluang, Masjid Hadhari dan banyak lagi, memang bestlah, kepada bekas murid saya yang tak dapat menyertai kembara ini saya mohon maaf, bukan tak nak ajak tapi nak buat camna kereta cuma muat beberapa orang sahaja, insyaALLah lain kali kita kembara dengan BAS Pula.
Memang syok kembara kami walaupun ianya dilakukan pada bulan puasa tidak pula ia membuat kami tidak bertenaga, malah ada yang siap main lari-lari lagi di Pantai Bukit Keluang, hehe gembiranya dapat bersama dengan mereka sampai saya tak tahu nak realitikanya dalam bentuk kata-kata.
Saya paling gembira dapat melihat mereka gembira, walaupun mereka bukan lagi murid saya tetapi ia cukup bermakna buat saya yang masih mentah dalam ‘jerit payah’ dunia pendidikan ini, saya buat semua ini untuk kejayaan mereka dan juga boleh mengurangkan sedikit seandainya mereka mengalami masalah.
Memang menyeronokkan kembara kami pada kali ini, mau tidaknya makin bertambah ahli-ahli kembara kami tidak seperti dulu, paling menyeronokkan kembara kami menjadi lebih meriah dengan kehadiran ayie yang gemar membuat lawak sambil mengejek orang….orang yang pasti menjadi mangsa ejekan tidak lain kalau bukan Syed a.k.a Patah……Namun ia hanya sekadar bergurau tidak lebih daripada itu.
Kalau boleh saya ingin meneruskan lagi dengan kembara-kembara yang seperti ini dilain-lain masa akan datang, mungkin di masa depan saya akan terus mengembara dengan mereka dikala cuti persekolahan, gembira betul bersama mereka.