Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Aku masih berupaya untuk post entry baru untuk blog aku. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi melayari dan membaca blog aku. Pada Pukul 10 pagi aku bangun dari tidur dan seperti biasa aku akan online myspace aku dan tengok kalau-kalau ada comment terbaru daripada member myspace aku.
Hari ini merupakan hari kedua adik angkat aku tidak online memandangkan dia kini berada di Perak untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di sana dan mungkin juga melaksanakan ibadah korban. Aku dapati ada satu comment daripada member aku dan aku membalas comment tersebut tetapi sayangnya dia dah offline.
Selepas meneliti laman myspace aku, aku pun pergi mandi dan bersiap-siap untuk sarapan pagi di Kedai Abang Awie yang terkenal dengan harga yang murah dan berpatutan serta lazat. Kedai abang awie terletak di Seksyen 27 Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu Bandaraya Islam. Sebelum itu aku ke kedai tambah nilai prabayar untuk menambah nilai prabayar aku dan adik angkat aku.
Aku merasa gembira mempunyai adik angkat memandangkan aku tidak ada adik kandung yang boleh dibawa berbual semasa aku kebosanan. Aku bersyukur adik angkat aku menganggap aku seperti abang kandung dia sendiri walaupun aku ni bukanlah darah dagingnya.
Selepas itu, aku pergi ke kedai abang awie untuk menikmati sarapan pagi. Semasa di Kedai Abang Awie aku mengambil nasi berlauk ayam goreng dan hati ayam masak pedas di samping memesang air bandung sabagai minuman pilihan aku pada pagi ini. Setelah beberapa minit masa aku dihabiskan di Kedai Abang Awie dan juga selepas mennghabiskan sedutan terakhir rokok aku. Aku terus meminta Abang Awie mengira berapa bayaran yang aku perlu bayar. Aku hanya perlu membayar RM3.50 sahaja memang patut makan kedai Abang Awie nih, aku terus ke Kedai dobi untuk mengambil baju-baju aku yang dicuci di sana.
Sebenarnya dah lama aku hantar baju ke kedai dobi tetapi pengambilanya tertangguh memandangkan banjir melanda Kota Bharu. Setibanya aku di kedai dobi aku bertanyakan kepada pemiliknya adakah pakaian aku dah siap di cuci. Sambil tersenyum pemilik kedai itu menjawab, dah siap dan segera pergi mengambil pakaian aku. Selepas dia mengeluarkan pakaian aku, aku dapati pada plastik yang berisi pakaian aku tertulis RM17.50 dan aku membayarnya tetapi pemilik kedai itu hanya meminta aku membayar RM 16.00 sahaja. Aku bersyukur kerana dapat diskaun tu, kalau tak dapat pun aku tak marah memandangkan aku tak suka complaint. Selepas itu aku terus pulang ke rumah sewa aku di Kampung Merbau.
Aku rasa cukup setakat ini sahaja post aku untuk pagi ini. Insya-Allah selepas ini aku akan buat post untuk bahagian Petang ini. Aku akhiri catatan aku hari ini dengan semoga korang semua selamat dunia dan akhirat. Wassalam...
Yang Ikhlas,
yiemega