Sign Up |  Login

     
 
    My Blog |  Popular Posts |  Top 100 Blogs |  Recent Blogs |  Random Blogs |  Write a Blog |  Manage Categories  
   View Blog
 
 Catatan 23 Disember 2007
Assalamualaikum w.b.t

Hari ini banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku. Aku cuba luahkan di blog aku ini. Kisahnya bermula di sini apabila aku bangun pagi seperti biasa aku terus bergegas ke pc aku untuk melihat sekiranya ada comment terbaru daripada kawan myspace aku. Selepas memeriksa myspace aku terus ke bilik air untuk mandi dan gosok gigi. Setelah beberapa minit di dalam bilik air aku pun keluar dan lantas memakai pakaian aku untuk bersiap sebelum pergi makan ke kedai Abang Awie pada mulanya.

Setibanya aku di Kedai Makan Abang Awie aku merasa hampa kerana Abang Awie tak berniaga hari ini, pada mulanya aku dah siap fikirkan apa benda yang aku nak makan di kedai Abang Awie tapi terpaksalah aku melupakan hasrat aku itu nak buat macamana manusia hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukan.

Selepas itu, aku terus ke Kedai Awek Murah (jangan silap faham bukan Awek Yang Murah tetapi makanan di situ yang murah kalau dibandingkan dengan Kedai Awek Siam). Setibanya aku di sana aku terus memesan Nasi Lauk Ayam Gulai dan air Milo Kosong Beng (Milo Kosong Ais). Milo Kosong Beng atau Milo Kosong Ais ini ialah Milo tanpa gula atau susu tetapi tentulah ada ais ketul.

Nasi Lauk Ayam Gulai yang aku makan ternyata tidak menepati citarasa aku. Maklumlah mungkin orang Thailand ni tak berapa pandai buat Ayam Gulai ni. Sambal belacan dia juga rasa pelik dan aneh nasi yang aku makan pun tidak dapat dihabiskan jauh berbeza dengan Nasi Ayam Gulai yang aku makan di Kedai Abang Awie.

Namun begitu, sudah banyak kali aku makan di Kedai ini tetapi biasanya aku memesan Sup Tulang atau Sup Perut Lembu. Memang tidak dinafikan sup di sini memang sedap. Jadi kalau korang datang sini janganlah lupa cuba makan kat sini aku percaya sup dekat sini tidak akan menghampakan anda.

Selepas aku Makan aku terus ke Maybank untuk membayar duit pinjaman ASB yang aku buat tetapi ternyata menghampakan aku apabila sampai di sana Cash Deposit Machine atau Mesin Deposit Tunai Maybank itu luar talian ataupun OFFLINE. Aku terus balik untuk menyambung rutin harian aku.

Setelah beberapa jam aku menghabiskan masa di rumah aku, sekali lagi aku keluar untuk ke Maybank untuk membayar pinjaman ASB aku. Pada mulanya mesin deposit tunai Maybank tersebut boleh digunakan tetapi nak dijadikan cerita ada seorang mak cik yang menggunakan Mesin Deposit Tunai tersebut sebelum daripada aku telah tertinggal duit sebanyak RM 100 di dalam mesin tersebut. Jadi terpaksalah aku mengejar mak cik itu untuk memulangkan kembali duitnya yang tertinggal itu. Akhirnya aku berjaya memulangkan wang kepunyaan mak cik itu.

Setelah aku kembali balik, aku terpaksa beratur kembali di barisan belakang, malang betul nasib aku hari ini keluh hati kecil aku. Sekali lagi mesin deposit tunai tersebut buat hal apabila sampai sahaja giliran aku tiba-tiba je mesin tersebut OFFLINE jadi terpaksalah aku balik kembali ke rumah.

Setelah beberapa jam di rumah aku keluar makan malam bersama kawan-kawan aku di Kedai Awek Murah yang aku cakap tadi tetapi pada mulanya aku dan kawan aku ingin memesan Sup Tulang namun sup tulang telah habis, jadi aku dengan kawan aku memesan Nasi Goreng Kampung Telur Mata Kerbau Ekstra Nasi. Maklumlah perut tengah lapar.

Setelah beberapa minit aku di kedai tersebut, aku dan kawan-kawan aku membayar harga makanan yang masing-masing makan. Setelah aku membuat bayaran aku mengajak kawan aku untuk pergi ke Maybank untuk membuat pembayaran pinjaman yang tertangguh itu. Tetapi sekali lagi aku hampa apabila setibanya aku di sana kelihatan Van Pengawal Keselamatan datang untuk mengeluarkan duit daripada Mesin Deposit Tunai tersebut. Aku terus pulang dengan hampa.

Aku rasa setakat ini sahaja post aku pada kali ini semoga aku dapat post pada lain hari. Terima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa untuk membaca blog peribadi aku yang tidak seberapa ini.

Sekian

Yang Ikhlas,
yiemega


    Posted by yiemega on 2007-12-23 10:02:32 | Rating: | Views: 404
    Email This to a Friend            Print This Blog Post  

  Bookmark:
Permalink:  
   Blog Comments
  
I don't understand if I wanted to read this, it not in english
Posted by  Nard2145  on 2007-12-23 12:49:10 
Would you like to comment?

    (Maximum characters: 5000)
    You have characters left.
  
  Security code:  
                        
                         Refresh Image
                         
  Blog Information
 

yiemega
Kota Putra, Malaysia

Latest Posts

 Pilunya Aidilfitri...
 Catatan 04 Oktober 2008
 Coretan Dari Wakaf Che...
 Pantun Raya Aidilfitri
 Catatan 28 September...

yiemega's Links

 Blog...

Blog Categories

 Catatan Harian
 Catatan Kehidupan
 Catatan Memori
 Dunia Iqwal
 Puisi

Blog Archive

 October 2008 (2)
 September 2008 (7)
 January 2008 (1)
 December 2007 (9)

Comment Archives

 No comments found