Sign Up |  Login

     
 
    My Blog |  Popular Posts |  Top 100 Blogs |  Recent Blogs |  Random Blogs |  Write a Blog |  Manage Categories |  New Members |  Comments  
   View Blog
 
 Catatan 22 September 2008 (Isnin)
Assalamualaikum....

Oleh kerana hari ini aku ada sedikit masa jadi aku luangkan masa lapang aku kat blog peribadi aku ini. Selepas aku mengalami hari yang sedih semalam, Alhamdulillah doa aku semalam termakbul, hari ini aku dapat tengok Epul Happy Go Lucky seperti Epul yang aku kenal dulu.

Kini hubungan aku dengan Epul sebagai adik beradik angkat sudah bertambah baik, syukurlah setelah aku mengalami malam yang sedih semalam, akhirnya hari ini aku lalui hari yang gembira. Aku doakan agar kegembiraan aku berkekalan dan aku turut berdoa agar kegembiraan Epul turut berkekalan hendaknya.

Rupa-rupanya aku tak buat dia berubah, aku dapat tahu tadi dia cakap dia ada masalah, ya lah masalah keluarganya. Aku faham sebagai remaja yang baru berusia 16 tahun, dia tidak dapat hadapinya dengan tabah, akhirnya persoalan-persoalan yang timbul di hati aku selama ini terjawab hari ini.

Aku rasa bertanggungjawab untuk membantu Epul menghadapi masalah yang dihadapinya itu. Aku dah bagitahu kat Epul kalau ada masalah janganlah malu-malu nak cerita kat aku, lagipun aku pun dah anggap dia macam adik kandung aku sendiri.

Mengenang penderitaan yang di alami oleh Epul, ia membuatkan air mata aku jatuh berlinangan. Mana taknya pada umur sementah dia dah hadapi pelbagai rintangan. pada umurnya 16 tahun itu jugalah dia terpaksa mengorbankan usia alam persekolahanya demi menyara keluarganya. Satu penderitaan yang hebat, aku percaya kalau ditakdirkan ia terjadi pada aku sudah tentu aku tidak dapat mengharunginya.

Itulah aku kagum sangat dekat Epul, walaupun dia terpaksa menghadapi pelbagai ujian di dalam hidupnya, tetapi dia dapat mengawalnya secara langsung dan baru ini mungkin dia rasa sedikit tertekan tambahan pula sudah lama beliau terpaksa mengahadapi pelbagai ujian dan dugaan.

Jika aku ikutkan hati, nak aja aku minta mak aku buat dia menjadi anak angkat mak aku, tapi apakan daya aku tidak mampu membuatnya, tambahan pula aku tak mahu putuskan hubunganya dengan keluarganya. Cukuplah penderitaan yang dia alami sejak dulu hingga kini.

Walaupun aku dah cuba membantu dalam banyak hal bagi memberi sokongan kepada Epul agar ia meneruskan hidup dengan penuh tabah tapi itu tidak bermakna sudah cukup buat Epul, Epul sememangnya masih memerlukan bantuan orang-orang lain selain aku.

Aku hanya dapat membantu sekadar aku termampu sahaja. Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini aku mohon agar ada lagi insan-insan yang pemurah tampil membantu keluarga Epul, sama-samalah kita membantu keluarganya.

Akhir kalam, semoga Epul berjaya menghadapi rintangan dan dugaan dengan penuh ketabahan di hati, Ingat jika kita fikir kita susah, ada orang lain lebih susah daripada kita. Marilah kita ubah dunia!,


Yang Ikhlas,
yiemega
_____________________________
Kg Merbau, Kota Bharu, Kelantan


"Let's changes the world".
"Mari Ubah Dunia"
    Posted by yiemega on 2008-09-21 14:35:07 | Rating: | Views: 91
    Email This to a Friend            Print This Blog Post  

  Bookmark:
Permalink:  
   Blog Comments

Nothing found
Would you like to comment?

    (Maximum characters: 5000)
    You have characters left.
  Blog Information
 

yiemega
Kota Putra, Malaysia

Latest Posts

 Kembara Bersama Bekas...
 Catatan 26 Julai 2009
 Undilah Saya Untuk...
 Leganya Aku Pabila......
 Pise (Pisang) Zaidi...

yiemega's Links

 Blog...

Blog Categories

 Catatan Harian
 Catatan Kehidupan
 Catatan Memori
 Dunia Iqwal
 Hiburan
 Puisi

Blog Archive

 September 2009 (1)
 July 2009 (1)
 June 2009 (2)
 May 2009 (6)
 April 2009 (2)
 November 2008 (1)
 October 2008 (2)
 September 2008 (7)
 January 2008 (1)
 December 2007 (9)

Comment Archives

 No comments found

Page load time: 0.40022492408752 ms