Sign Up |  Login

     
 
    My Blog |  Popular Posts |  Top 100 Blogs |  Recent Blogs |  Random Blogs |  Write a Blog |  Manage Categories  
   View Blog
 
 Catatan 1 Januari 2008
Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah post pertama aku untuk tahun 2008 dan juga untuk hari pertama tahun 2008. Aku memohon maaf kerana jarang post sesuatu ke dalam blog aku ini. Aku bukan sengaja tidak post sesuatu kerana kesibukan tugas aku. Aku berjanji di masa yang terluang aku akan post sesuatu ke dalam blog aku.

Hari ini Selasa 1 Januari 2008, hujan turun renyai-renyai daripada pagi lagi dan diikuti dengan hujan lebat seketika. Permulaan tahun baru 2008 disambut dengan turunya hujan rahmat yang dicipta oleh yang Maha Mencipta lagi Maha Mengasihani iaitu Allah s.w.t.

Seperti biasa pada sebelah pagi sekiranya aku beradi di Besut, Terengganu aku akan membantu emak aku menjalankan perniagaan di Kompleks Perniagaan, MDB Kota Putra, Besut, Terengganu. Hari kedai emak aku menerima ramai pelanggan daripada kebiasaan aku juga terasa letih memandangkan terpaksa melayan ramai pelanggan. Namun, aku tidak bermaksud tidak mahu ramai pelanggan tetapi aku hanya ingin menceritakan keadaan kedudukan ekonomi di kawasan Kota Putra.

Selepas aku membantu emak aku di kedai, aku terus ke Bandar Jerteh, Besut, Terengganu untuk berjumpa dengan kawan aku yang bekerja di AmAssurance Berhad cawangan Jerteh yang bernaung di bawah agensi yang bernama Nuzihan Consultancy Sdn Bhd. Aku ke sana kerana ingin menunjukkan laman web syarikat telekomunikasi baru yang diberi nama Happy, memandangkan pek permulaan happy hanya boleh dibeli di dalam talian atau online jadi aku memperkenalkan laman web happy kepada kawan-kawan aku.

Aku menghabiskan masa yang begitu lama di Jerteh, Besut, Terengganu memandangkan aku terpaksa menunggu kawan-kawan aku menggunakan talian Celcom Broadband yang aku pakai untuk diuji oleh mereka kerana mereka mempunyai minat untuk menggunakan Celcom Broadband yang dimaksudkan.

Aku rasa kalau aku dapat jadi pengedar Celcom Broadband ini sudah tentu ramai pelanggan yang mahu melanggan talian internet Celcom Broadband ini. Akhir kata semoga tahun 2008 menjadi tahun yang memberi kecermelangan kepada anda semua.


Yang ikhlas,

yiemega
    Posted by yiemega on 2008-01-01 10:04:51 | Rating: | Views: 366
    Email This to a Friend            Print This Blog Post  

  Bookmark:
Permalink:  
   Blog Comments

Nothing found
Would you like to comment?

    (Maximum characters: 5000)
    You have characters left.
  
  Security code:  
                        
                         Refresh Image
                         
  Blog Information
 

yiemega
Kota Putra, Malaysia

Latest Posts

 Pilunya Aidilfitri...
 Catatan 04 Oktober 2008
 Coretan Dari Wakaf Che...
 Pantun Raya Aidilfitri
 Catatan 28 September...

yiemega's Links

 Blog...

Blog Categories

 Catatan Harian
 Catatan Kehidupan
 Catatan Memori
 Dunia Iqwal
 Puisi

Blog Archive

 October 2008 (2)
 September 2008 (7)
 January 2008 (1)
 December 2007 (9)

Comment Archives

 No comments found