Sign Up |  Login

     
 
    My Blog |  Popular Posts |  Top 100 Blogs |  Recent Blogs |  Random Blogs |  Write a Blog |  Manage Categories  
   View Blog
 29 Disember 2007
Assalamualaikum....

Hari ini 29 Disember 2007 aku seperti biasa bangun dari tidur tepat jam 5 pagi dan terus bersiap-siap untuk pergi menunaikan Solat Subuh di Masjid Nasiruddin Shah, Besut, Terengganu sebelum pergi membantu mak aku di Kedai miliknya di Kompleks Perniagaan Kota Putra, Besut, Terengganu.

Setelah aku sudah selesai bersiap aku terus ke Kedai Mak aku terlebih dahulu untuk membantu mak aku mengemas di Kedainya. Beberapa minit aku habiskan masa aku di Kedai Mak Aku dan terus ke masjid apabila azan subuh mula berkumandang.

Setibanya aku di masjid aku terus duduk dengan niat it'tikaf sementara menunggu iqamah berkemundang. Setelah beberapa minit, kedengaran Iqamah mula berkumandang aku pun terus menuju ke saf hadapan dan menunggu imam mengangkat takbir dan kemudian menyempurnahkan ibadah solat subuh aku. 

Setelah aku selesai menunaikan Solat Subuh, aku segera ke Kedai mak aku untuk mengemas apa yang patut sebelum urusniaga kedai mak aku dapat diteruskan. Beberapa minit kemudian mak aku pun tiba dan urusniaga kedai mak aku pun mula berjalan.

Beberapa jam masa aku dihabiskan untuk membantu mak aku di kedainya. Setelah beberapa jam, aku meminta wang daripada emak aku untuk membeli laptop untuk kegunaan aku masa aku berada di rumah aku kat kampung dan boleh memudahkan kerja-kerja aku sewaktu berada di Kampung. Pada mulanya aku bercadang nak beli laptop di Bandar Jerteh tetapi kerana ketiadaan stok aku terpaksa membelinya di PC Depot Kota Bharu, Kelantan.

Aku meneruskan perjalanan aku ke Kota Bharu, Kelantan dengan terburu-buru. Pada mulanya perjalanan aku lancar namun selepas beberapa minit semasa perjalanan aku ke Kota Bharu, motosikal aku terpijak sebutir batu tajam yang menyebabkan tayar depan motor aku pancit dan aku gagal mengawal motosikal aku sehingga menyebabkan aku terjatuh dan mengalami luka kecil, nasib baik masa aku jatuh itu tiada kereta yang lalu. Alhamdullilah kerana aku masih selamat.

Sedang aku cuba mengangkat motor aku datanglah seorang hamba Allah yang baik hati membantu aku mengangkat motor aku dan mengajak aku berehat bagi menenangkan keadaan aku. Terima kasih tidak terhingga kepada Hamba Allah yang sudi membantu aku dan belanja aku minum air. Aku berharap satu hari nanti aku dapat membalas jasa Hamba Allah itu.

Setelah membaiki motor aku di Bengkel Motosikal yang berdekatan, aku meneruskan perjalanan ke PC Depot, Kota Bharu, Kelantan. Setelah beberapa minit akhirnya aku tiba di PC Depot, Kota Bharu, Kelantan. Setibanya aku di sana aku membuat panggilan kepada kawan aku yang berada di Kota Bharu kerana dia ingin turut sama melihat sendiri Laptop yang aku nak beli. Setelah beberapa minit akhirnya kawan aku sampai di tempat aku tunggu dan aku terus masuk ke dalam PC Depot untuk memilih model laptop yang patut aku beli. Setelah beberapa minit memilih aku terus membeli laptop berjenama Toshiba dan terus pulang ke rumah sewa aku di Kota Bharu, Kelantan.

Aku rasa sudah cukup untuk setakat ini post aku bagi kali ini "kalau ada sumur di ladang boleh aku menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang lain kali kita berjumpa lagi.


Yang Ikhlas,


yiemega
    Posted by yiemega on 2007-12-29 08:19:27 | Rating: | Views: 353
  Email This to a Friend  

  Bookmark:
Permalink:  
   Blog Comments

Nothing found
Would you like to comment?

    (Maximum characters: 5000)
    You have characters left.
  
  Security code:  
                        
                         Refresh Image
                         
  Blog Information
 

yiemega
Kota Putra, Malaysia

Latest Posts

 Catatan 1 Januari 2008
 29 Disember 2007
 25 Disember 2007
 Catatan 23 Disember 2007
 Memori Banjir di KB 2007

yiemega's Links

 No links found

Blog Categories

 Catatan Harian
 Catatan Memori
 Dunia Iqwal

Blog Archive

 January 2008 (1)
 December 2007 (9)

Comment Archives

 No comments found