Sign Up |  Login

     
 
    My Blog |  Popular Posts |  Top 100 Blogs |  Recent Blogs |  Random Blogs |  Write a Blog |  Manage Categories  
   View Blog
 25 Disember 2007
Assalamualaikum w.b.t

Aku memohon maaf sebab semalam aku tak sempat post apa-apa ke blog aku kerana aku balik ke kampung aku di Terenggganu. Hari ini pun aku dapat post kerana berada di Cyber Cafe kampung aku yang letaknya berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah Besut, Terengganu.

Hari ini 25 Disember 2007 walaupun aku baru sahaja satu hari berada di kampung tetapi boring yang amat sangat aku tak tahu nak buat apa. Jadi aku mengambil keputusan untuk surf internet di cc yang aku sebut tadi. Pada mulanya aku cadang nak online di cc Bandar Jertih tetapi aku mengubah keputusan aku untuk online di Kampung Aku memandangkan Hari ini adalah Hari Krismas bimbang gak ler kalau-kalau cc di bandar Jerteh itu tutup jadi buat penat jer kalau aku pergi kat sana.

Tetapi aku tetap pergi Jerteh Ke Kedai Kawan aku Giat Cergas Enterprise di Jerteh yang bernama Syazani dan Syazwan. Saje je aku pergi berbual kosong, aku ambil masa lebih kurang tiga jam berada di sana berborak dengan Syazani seorang memandangkan Syazwan tidak datang dan Umi Syazani Keluar kerana ada hal sedikit.

Setelah masa aku dihabiskan sebanyak tiga jam di Giat Cergas Enterprise, aku terus pulang ke kampung aku dan terus ke cc yang letaknya berdekaan dengan rumah aku di Kampung Seberang Limbongan, Besut Terengganu.

Setibanya aku di CC yang dimaksudkan aku terus bertanya dengan tuan punya cc itu kalau-kalau masih ada lagi pc kosong. Nasib aku baik nampaknya aku dapat guna pc bernombor 1 di cc tersebut. PC ini jugalah aku guna untuk post ke blog aku ini.

Aku rasa cukup setakat ini post aku kali ini, kalau ada kelapangan aku akan cuba post lagi tak berapa lama lagi. Tetapi tak janji sebab Manusia Hanya Mampu Merancang Tuhan Sahaja yang menentukan.

Sekian,

Dipost di Kampung Seberang Limbongan, Besut, Terengganu

Yang Ikhlas,


yiemega
tokmek@streamyx.com
    Posted by yiemega on 2007-12-25 00:10:55 | Rating: | Views: 275
  Email This to a Friend  

  Bookmark:
Permalink:  
   Blog Comments

Nothing found
Would you like to comment?

    (Maximum characters: 5000)
    You have characters left.
  
  Security code:  
                        
                         Refresh Image
                         
  Blog Information
 

yiemega
Kota Putra, Malaysia

Latest Posts

 Catatan 1 Januari 2008
 29 Disember 2007
 25 Disember 2007
 Catatan 23 Disember 2007
 Memori Banjir di KB 2007

yiemega's Links

 No links found

Blog Categories

 Catatan Harian
 Catatan Memori
 Dunia Iqwal

Blog Archive

 January 2008 (1)
 December 2007 (9)

Comment Archives

 No comments found