Diri Saya
Nama saya Nurul Nabilah Adlina binti Zulkiflee.Saya berumur sepuluh tahun.Saya murid tahun empat.Saya belajar di Sekolah
Kebangsaan Seksyen 7.Sekolah saya terletak di Shah Alam.Saya tinggal di Desa Alam bersama ibu,ayah,adik lelaki dan kakak.
Saya mempunyai tiga orang adik-beradik.Saya anak yang kedua.Saya mempunyai seorang adik lelaki dan kakak.Saya sayang keluarga saya.
Saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi.Saya suka melihat gigi yang cantik dan sihat.Saya mesti belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya.
Saya gemar makan aiskrim.Aiskrim berperisa vanila dan strawberi yang amat saya sukai.Terlalu banyak makan aiskrim tidak baik untuk gigi saya.Saya memberus gigi selepas makan aiskrim.