| Semakin Kelam Seharian Di Sini |
|
Semakin bosan pagi aku setiap hari. semakin lama semakin lambat aku hadir ke tempat kerja. lewat. kelam kabut. kadang kadang memang aku sengaja lambat. tetapi kadang kadang jam bedebah ini yang tidak peduli untuk berbunyi. semakin mengantuk aku semakin lambat aku. tiada masa lagi untuk aku mengelamun sekarang ini. kerap sangat terbawa lamunan itu ke tempat kerja. kalau dah terperangkap dalam lamunan setiap hari pasti aku rasa kosong sahaja setiap kali ke tempat kerja. kosong yang nampak jelas dari luar. raut wajah yang kosong. ditambah pula dengan suara hati yang memang meneriak agar aku tidak bersekongkol dengan mereka semua. mereka semua di tempat kerja ini memang pelik. kalau memang pun aku ini pun dah dikira pelik, mereka ini aku kategorikan pula sebagai pelik. bayangkanlah betapa pelik nya mereka mereka ini semua.
ramai yang pasti akan bertanya kenapa pula aku berkata begitu. pasti ramai pula yang akan berkata jika begitu kenapa masih nak bertapa di tempat sebegitu. pasti lebih ramai pula yang akan berkata bahawa yang tidak kena nya adalah tuan punya diri itu sendiri, bukannya orang orang di pejabat itu sebenarnya.
kata lah apa yang anda semua ingin katakan. luahan hati adalah percuma. inikan pula negara demokrasi berdaulat. apa salahnya jika kita ada pendapat. indah nya sesebuah pendapat itu jika ianya diterima pakai dan diolah kaji oleh para cerdik pandai dan digunakan untuk kebaikan sejagat. tetapi jika kamu semua berada di tempat dimana aku sedang duduk di pejabat ini, aku pasti kamu semua pasti akan buntu. buntu pandangan. buntu jawapan. tidak akan ada putik putik apatah lagi buah fikiran. tidak akan terfikir untuk berfikir sejenak. pasti untuk kesekian waktunya di pejabat ini, kamu hanya akan tunduk duduk kaku. terdiam berbicara dan kalau ada pun ingin berkata sesuatu, hanya lah satu bisikan perlahan di dalam hati. itu sahaja. suara hati yang kian lama kian engggan bersuara lagi. kepenatan mungkin.
komuniti di pejabat ini berwarna warni. pelbagai tutur kata. pelbagai karenah. ada yang nampak baik baik sahaja. ada yang semakin gah bila mendapat kuasa. ada pulak yang tidak henti henti bercakap. pasti yang terhambur dari mulut mulut itu bukan semuanya membina insan. dalam sepuluh tutur, jika tak kesemuanya negatif, pasti separuh dari itu hanya lah kata kata busuk berkenaan orang lain. mengenai orang lain yang langsung tidak ada kena mengena dengan makan pakai yang mereka guna. langsung tiada sangkut paut dengan dunia pusingan mereka tiap hari. sekadar ada di kalangan muka muka lazim di pejabat sahaja. tapi itu sudah memadai bagi mereka untuk mempunyai sebab musabab untuk berkata kata kesat. buruk bicara sesama rakan sebahasa sebangsa. apa lah sangat salah orang yang dikata hina itu, sekadar tidak bertegur sapa. apa lah sebab sangat mahu disakiti hati. sedap sungguh mulut itu berkata kata. sedap benar bercakap buruk pasal orang lain. itu lah salah satu kategori pelik. apa sudah habis kah cerita lain yang ingin dikongsi bersama. apa sudah terbayarkah segala bil bil tertunggak dan hutang piutang keliling pinggang mereka. apa sudah selesaikah segala permasalahan yang mereka hadapi dalam hidup. sampaikan ada masa untuk ambil peduli hal orang lain dan mengata domba tambahan pula. atau memang mereka semua ini memang dirahmati dan disenangi dan tidak dibebani dengan apa apa hal duniawi. selamba sahaja tinggal didunia. indah sekali hidup sebegitu. tiada hal yang susah dihati untuk ditimbang tara. aku pasti itulah pasalnya kenapa mereka semua ada waktu untuk berfikir dan bercerita mengenai orang lain. memang begitulah sebabnya.
sekelompok lagi yang buat kepala serabut aku ini semakin kelam ialah kelompok yang sangat gemar akan kuasa. kuasa ada dimana mana komuniti. sedangkan di dalam rumah ibadat pun terjadi walhal perihal perebutan kuasa, inikan pula jika dipejabat. molek benar lah dengan adanya sekalian manusia yang seakan akan seperti ketagih kuasa. kuasa ini yang membuatnya bangun setiap hari. tarikan kuasa ini lah yang membuatnya tidak alpa ketika di pejabat. dan dengan kuasa inilah juga dia mendapat jolok jeling daripada perawan perawan yang wataknya hanyalah untuk menggoda. semakin banyak kuasa dan had yang kurang kawalan terhadap diri manusia itu, semakin seronok jadi nya manusia ini. semakin manis baginya jika tiada pula pihak yang ingin mengawal tingkah laku dan gerak geri mereka yang dikurnia kuasa ini. bengis sebengis serigala dan tolol setolol keldai. kuasa dan ilmu pengetahuan selalunya tidak bergerak seiringan. kalau kuasa datang dengan ilmu didada, pasti nyaman sekali tinggal di pejabat ini. tetapi tidak sebegitu jadinya. ilmu untuk orang yang tidak berkuasa. dan kuasa untuk orang yang tidak berilmu. apa lagi. huru hara lah jadi nya keadaan sekalian pejabat. sangat perlukah pegangan manusia ini dengan kuasa. sangat ingin benarkah mereka semua ini dengan kehadiran kuasa ini. bagi tanggapan diri aku yang hanya kutu di situasi ini, aku anggap kuasa yang datangnya dengan tiada ilmu hanyalah sesuatu yang membazir. lebih baik jika berilmu. dan lebih baik pula jika berilmu dan berkuasa. itu hanyalah usul dari aku yang tidak penting ini sahaja. tiada siapa pun yang ambil peduli sangat.
semakin rancak hari, semakin ramai ahli pejabat yang tiba, semakin pelik jadinya. tidak ramai yang merasakannya. semuanya sibuk dengan walhal karenah kegemaran masing masing. ada juga satu lagi kelompok. sekomplot yang suka benar mengganggu aman nyaman orang lain. tidak senang hati nya jika tidak dikacau dan dijelek orang lain selain dirinya. yang ini pula jenisnya aku rasa punyai hal hal permasalahan yang terbuku dan terpendam dan tiada orang yang ingin ambil peduli atau bertanyakan keadaan dirinya.kasihan sebegitu rupa terhadap diri. sebab itu lah apabila semakin dia duduk diam, semakin dirasakan di dalam dirinya yang tiada orang yang ingin mendengar masalah yang dihadapi nya.kalau boleh diizinkan, mahu juga dia berdiri di atas meja lalu berteriak hingga ke hujung anak tekak akan perihal masalah yang dihadapinya. biar semua orang tahu. biar semua orang peduli. biar semua orang kasihan. biar semua orang akan berkata yang baik baik sahaja buat cuping telinganya dengar. difikirkan di dalam fikiran celarunya yang mungkin dengan memberi masalah kepada orang lain, antara dia dapat meringankan kepala berfikir berkenaan masalah yang dihadap nya itu atau pun dapatlah dia memberi orang lain berkongsi rasa masalah yang sedang dihadapinya itu. apa yang buat dia berfikir begitu. siapa yang nak ambil peduli lagi berkenaan masalah orang lain di sini. tiada masa orang ingin berkongsi masalah orang lain sekarang. jika diajak untuk membuang masa mengumpat mungkin. berkongsi masalah dan tolong menolong, jangan harap.maka terjadilah situasi yang selalu terjadi. apabila tiada orang lain peduli, dia pula akan peduli dan mula mengganggu tenteram orang disekeliling. bagi aku ini adalah spesis yang tidak boleh lihat orang senang. mungkin kerana dia sendiri kurang senang akan dirinya itu. hasad dengkinya pada tahap sepuluh persepuluh. apa yang seronoknya entah. aku kalau boleh tidak mahu orang menggangu aku. aku paling mahu adalah untuk tidak mengganggu pusingan hari orang lain. tidak mati jika tidak diberi perhatian pun. tetapi apakan daya, komuniti ini komuniti berwarna warni. warna warna ini sememangnay perlu dibilas selalu, jika tidak kotor dilitupi habuk. jika dah tebal sangat habuknya nanti, susah nak dibeza beza. sukar nak diperbaiki jika cacat warnanya kelak.
pelik pelik warga nya pejabat aku ini. pelik lagi kalau diberi perhatian. hendak tidak hendak, harus mesti aku teruskan hari hari aku hidup bernafas di pejabat ini. apakan daya, waktu waktu getir ini tidak sesuai untuk aku selalu merungut. tidak sesuai untuk aku melompat dari sana ke sini. tidak setia katanya nanti hati ini. tidak sempat semat semai jiwa sepejabat sepasukan nanti. biar lah celaru ini aku seorang sahaja yang tanggung. biar lah keadaan ini aku seorang sahaja yang tahu. kalau berkongsi pun, biar lah berkongsi kasih, jangan berkongsi musuh. kalau mati pun biarlah mati bercanda jangan mati berkandar. begitulah al-kisahnya pejabat pelik aku ini.
-TAMAT-
|
|
|
Posted by minda_budaya on 2008-05-17 12:54:11 | Rating: n/a | Views: 20
|