| busuk hanyir senyuman kini |
|
berhasil atau tidak berhasil keringat seni yang aku cuba usahakan ini. sekali sekali aku cuba mencongak, terasa di benak hati ini yang aku ini hanya berangan angan. sewaktu keadaan dunia ini kelam kabut mengejar gelaran harta benda yang aku lihat sangat subur tumbuh di laman negeri aku yang semakin serba serbi kekurangan ini. sewaktu dunia ini berhasrat benar ingin mencari penyemarak seni atau penyelamat agung yang dapat mendamaikan dan merapatkan semua jurang agar semuanya dapat berpelukan dan berjabat tangan sesama kita. tidak kira warna rambut, tidak kira warna baju, tidak kira warna kereta, tidak kira warna kulit. walaupun semakin maju kita hari ini, semakin sukar kita untuk melupakan perbezaan warna kulit, semakin dungu kita dalam cuba memahami apa yang sebenarnya terselirat disebalik benang benang sutera yang mahal itu hanyalah segumpalan daging yang jika dipanggang api, akan rentung juga semuanya. sama seperti daging daging ayam dan lembu yang kita jamah seharian. sama seperti daging daging khinzir yang berlemak tepu dan berbintik bintik hitam itu. semakin maju kita melangkah kehadapan, semakin kita jadi busuk.
apalah sangat kalau badan kita yang berbau busuk, itu tidaklah dipedulikan sangat. pelbagai jenama minyak wangi telah diperam rendam di dalam belanga alkohol makmal untuk kita menutup bau busuk yang keluar bersama sama peluh dibadan. peluh kumuh yang keluar lebih giat dan ligat kalau kita duduk tinggal dibawah sinar mentari terik terdedah dengan lebih lama. semakin busuk peluh jika melenja lenja peluh keluar tanpa henti. antara penat dan cemas. itu sebab musabab kenapa peluh keluar. jika cemas, dicampur baur pula dengan rasa hendak terkucil di pundi pundi organ badan. jika penat pula, mahu rasa nya kita berhenti seketika dari terus berlari mengejar nama dan jenama dan kebebasan. kenapa kita harus berlari mengejar kebebasan. apakah ianya tidak lagi hadir bersama sama dengan kelahiran kita di dunia fana ini. apa yang menjadi permasalahan dan perkiraan penting buat masa ini adalah jika bau busuk itu datangnya dari hati.
busuk hati itu adalah seperti kanser yang akan tetap dan terus membesar sambil menjana perasaan busuk dan benci terhadap segala yang terjadi. semakin menjadi jadi kebelakangan hari ini ialah perasaan tidak tahu atau perasaan tidak ingin ambil tahu menjadi pemangkin yang menguatkan bau dan rasa busuk di dalam hati ini. jika tidak dibendung parah yang akan mendatangkan padah. pasti tidak ada jalan berpatah balik untuk padah yang sedemikian rupa. apa lagi jika yang kita mula merasa senang akan kehadiran bau busuk ini. semakin tegal biasa dengan bau yang kurang menyenangkan ini. lama lama berenang dalam kolam taik, pasti terasa juga seperti berendam di dalam kolam jakuzi. busuk hati mungkin menjadi sesuatu yang tidak ada bezanya seperti busk bau badan. sudah ada wujud material untuk menutup rasa dan bau busuk hati ini. jenama dan harga yang mahal. tekstil dan sutera yang mahal. gaya dan padanan yang mahal. semuanya menjadi pangkal untuk melitupi bau busuk hanyir hati ini. litup selubung perwatakan dengan perkara pekara mahal sahaja, pasti kita akan dianggap mulia. tanggapan mulia itulah yang kita cari cari selama ini. dalam dunia yang serba serbi tamak ini, kalau diri ini dikategorikan sebagai mulia, amatlah berbaloi sekali hendaknya. senyum lebar sepanjang hari, sehingga ke cuping telinga. senyum seyum ini yang banyak menghiasi ruangan berita. senyum palsu ini yang banyak menghiasi ruangan papan kenyataan yang semakin hari semakin besar.
ditambah pula dengan semakin ramai yang banyak berkata kata, pandai bermain cakap. pelbagai bahasa diputar belit agar mengelirukan semua orang yang mendengar. macam mana pula dengan yang tidak faham dengan apa yang diperkatakan. tidak faham dengan bahasa yang dituturkan. bagaimana hendak faham dengan irama hati atau busuk nya hati yang terbuku dalam jiwa individu sekalian alam ini. semakin mudah kita terpedaya dengan segala kata kata manis yang sangat senang dilontarkan oleh halkum tekak. sesama kita ini tiada apalah sangat yang susah handak dituturkan lagi. kalau pula kita ada hati yang busuk, kalau pula kita berdendam, kalau pula kita ada segala jenama ternama yang dikenali mata mata naif ini. pasti semakin senanglah kita memutarkan dunia ini. putar belit kan kata kata. putar belitkan perasaan. putar belitkan kebenaran. putar belitkan keadaan semulajadi yang telah sekian adanya. bilakah akan kita semua berhenti daripada ada sikap sebegini.
sampai bilakah kita mahu bernaung bersekongkol dengan rasa busuk hati dan rasa hasad dengki dan rasa iri hati. tak bisakah kita merasa hendak muntah dan mual jika setiap hari kita dirodokkan dengan rasa dengki dan ingin menjatuhkan orang lain dengan sewenang wenangnya. mampukah kita bangkit tiap hari dari tidur dengan rasa selesa. malah mampukah kita tidur dengan membawa perasaan hasad busuk hati ini ke dalam tidur. bolehkah kita bermimpi indah dengan adanya rasa tidak senang hati terhadap orang lain disekeliling kita ini. entahlah. apa yang aku mampu tahu buat masa ini ialah, setiap apa yang terjadi kini tidak lagi ditimbang tara dengan walhal perihal perasaan orang lain yang akan juga termasuk dalam keliling warta itu. tidak lagi diambil kira samada orang lain akan terjejas dengan segala tindakan busuk kita itu. kasihan aku melihat orang orang disekitar yang semakin peduli hanya terhadap segala walhal perihal yang menyakiti hati orang lain sahaja. tidak ada langsung pakatan untuk menolong atau rasa ingin membantu terhadap orang lain. jika adapun, ianya hanyalah untuk mendapat kenalan berkepentingan dan gelaran senang.
-tamat-
oleh
minda_budaya
|
|
|
Posted by minda_budaya on 2008-05-17 12:52:36 | Rating: n/a | Views: 29
|