| View Blog
|
|
|
|
| aku adalah aku |
salam....
perjalanan kerjaya aku agak getir...penuh dengan dugaan, namun aku tetap meneruskan perjuangan. kehadiran aku didunia ini tanpa mengenali keujudan kedua org tua ku. namun acap kali selepas solat aku tak lupa mendoakan kesejahteraan mereka walau dimana mereka berada sekalipun...dunia atau ..... menumpang dirumah keluarga angkat adalah satu pangajaran buat ku terus hidup berdikari... kekecewaan tak dapat menamatkan dan menyambung pelajaran membuatku keluar membawa diri namun org yang paling aku hormati dan sanjungi semasa hayatnya ialah bapa angkatku. pelindung dalam kehidupan suramku selain dari DIA YANG MAHA ESA. namun org yang baik selalunya akan pergi dulu meninggalkan kita. suratan itu aku hadapi dan terima dgn reda. semasa hayatnya dia sentiasa mencari aku dimana jua pelusuk aku tercampak. jika aku susah dia pasti akan membawa ku pulang. YA ALLAH ampunilah dia dan tempatkan dia ditempat org yang beriman walaupun semasa hayatnya aku tak pernah melihat dia menunaikan solat lima waktu. namun dgn doa anak anaknya dan dengan ilmu yang dia tinggalkan aku percaya dia akan mendapat keampunan dari yang ESA. dlm umurku yang setahun jagung ...19thn satu umur yang dizaman sekarang masih menyambung pelajaran tetapi ketika itu aku memilih untuk berkhawin setelah ku ditakdirkan bertemu jodoh. ZAINAL... seorang insan yang aku kenali ketika itu berumur 28 thn. tua 10 tahun dari aku. namun pergorbanannya mendidik aku sehingga nafasnya yang terakhir ketika itu berusia 37 tahun. mengapa dugaan yang datang ........aku dikurniakan dan dibekalkan dengan dua orang cahaya mata. yang sulung lelaki dan kedua perempuan.
panjang lagi kisahku ini...harap ada yang sudi mengikutinya dan kalian akan tahu bagaimana akhirnya tercipta CHAIRMAN BURGER...
berjumpa di blog akan datang
wasalam
|
|
|
|
| |
|
|